Tuesday, July 29, 2008

Melesen Kereta Sewa

Setelah permit diluluskan oleh LPKP Sabah, pemilik dikehendaki melesenkan kenderaan untuk dijadikan kereta sewa seluruh Sabah di Jabatan Pengangkutan Jalan Sabah (JPJ) di kawasan masing-masing seperti di Beaufort,Kota Kinabalu, Sandakan,Tawau dan daerah-daerah lain yang ada pejabat JPJ. Sebelum cukai jalan dibeli di JPJ, pemilik dimestikan membawa kenderaan tersebut ke Puspakom untuk diuji keselamatan kenderaan tersebut. Setelah diluluskan , pemilik dikehendaki membeli insuran nyawa dan kenderaan di pejabat insuran yang dipilih. Setelah ada cekera ujian dan cekara cukai jalan barulah boleh beroperasi sebagai kereta sewa seluruh Sabah. Identiti kereta sewa seluruh Sabah ,atapnya dicat kuning.

Monday, July 21, 2008

Bagaimana Memohon Permit Kereta Sewa Seluruh Sabah

Saya ingin berkongsi maklumat dengan pembaca -pembaca blog bagaimana untuk memohon permit kereta sewa seluruh Sabah. Pertama, hendaklah mengambil borang dengan harga RM2.00 di Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah, Kota Kinabalu (LPKP). Pejabat LPKP terletak di tingkat 3 Kompleks KWSP Jalan Sembulan Karamunsing ,Kota Kinabalu Sabah. Sebelum naik ke pejabat LPKP untuk minta borang ,singgah dulu di Pejabat Pos di Tingkat Bawah kompleks tersebut untuk beli wang pos RM2.00. LPKP tidak terima wang tunai. Selepas dapat borang, bawa balik kampung sendiri kerana mau dapatkan surat pengesahan Ketua Kampung, surat sokongan Pegawai Daerah , kad pengenalan dan surat lahir mau disahkan oleh Jab Pendaftaran, lesen memandu mau disahkan oleh JPJ, Pesuruhjaya Sumpah tidak pakai tapi Jaksa Pendamai boleh entah kenapa? Salinan buku bank simpanan RM10,000.00 yang disahkan oleh bank berkenaan .Selasai itu semua, hantar semula ke LPKP untuk diproses dan jangan lupa beli lagi wang pos sebanyak RM10.00 untuk wang proses .Cerita akan datang saya akan cerita mengenai mengurus sebuah kereta sewa

Sunday, July 20, 2008

Pengenalan

Blog ini adalah saya gunakan khusus untuk menulis catatan/cerita saya mengenai pengangkutan kereta sewa dari Menumbok ke Kota Kinabalu seluruh Sabah. Saya juga akan memuatkan gambar-gambar menarik yang saya rakam semasa berada di sesebuah tempat di Sabah. Selain itu blog ini juga akan saya gunakan untuk menyuarakan masalah-masalah yang timbul mengenai pengangkutan awam di Sabah. Pelawat juga boleh menghantar komen membina mengenai apa yang saya tulis dalam blog ini. Moga-moga semua akan mendapat manafaat dari tulisan dalam blog saya ini.